Saturday, February 19, 2011

Moto untuk dijual

Antara moto yang nak dijual..





Yamaha FJR1300 2004 coe 2014 RM36k


Kawasaki ZX9 1999 coe 2020 RM13K


Honda CBR600RR 2004 coe 2014 RM22.8K


Yamaha R1 2000 coe 2020 RM17k

Bila Dah Beli Moto Second Hand...

Moto second hand ni ada dua kategori,

1) Beli moto dari orang yang jujur
2) Beli moto dari orang yang berselindung

Kalau dari orang jujur, kita hanya boleh detect kejujurannya lepas pakai moto tu dalam seminggu dua - sebulan.
Sebabnya bila kita dah beli & jalan atas jalan, baru la terserlah kepowerran & handling yang baik. Kekadang boleh terus jadi kawan baik.

Bukan setakat itu saja, urusan dokumen tukar nama dan lain2 akan diuruskan tanpa masalah. Untuk penjual yang jujur & beretika, urusan jual beli moto tu boleh la dikira halal dunia akhirat

Kalau penjual yang berselindung, problem yang sebaliknya akan timbul. Di antara komplikasi yang terjadi ialah
a) terbeli moto curi
b) moto banyak problem & tak cerita kat bakal pembeli
c) urusan tukar nama dan dokumen yang tak selesai

Akibatnya urusan jual beli tu dah confirm tak sah & tanggung la sendiri kat akhirat nanti.

Kalau ada sesiapa yang nak tokok tambah, komen dan sewaktu dengannya...dipersilakan

Saturday, January 8, 2011

Sing Bike? Should I Pick One

Jam...jam ...jam.

Letih melayan jam, tahun ni dah masuk 8 tahun berulang-alik dari Putrajaya - Rawang. Keluar pukul 6 pagi dan sampai rumah pukul 8 malam. Dah banyak kali aku nak give up ngan jem..buang masa kat jalan dan banyak lagi yang boleh aku bebelkan.

Dalam setahun aku dah habiskan 31 hari di dalam kereta & itu belum masuk lagi masa di workshop.

2011 adalah tahun permulaan untuk aku berjinak2 ngan moto besar. Nak beli moto baru...duit tak cukup..mahal sangat.

Pilihan terbaik buat aku..jual wira NGV aku..beli moto Singapore le. Cash baru RM17k.

Gambar Ilustrasi je..Hayabusa

1 Januari 2011, aku sambut tahun baru dengan moto Singapore ..Yamaha R1 tahun 2000 siap dengan Leo Vince exhaust.